PUTRAJAYA – Cuaca pada hari sambutan Aidiladha esok diramal baik pada sebelah pagi di hampir semua kawasan di seluruh negara.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hanya satu dua tempat di kawasan pantai di negeri Pantai Barat Semenanjung diramal hujan dan ribut petir pada sebelah pagi.
Menurut kenyataan itu, pada sebelah petang hujan dan ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah (bahagian pedalaman dan Sandakan).
“Tempat-tempat lain dijangka mengalami cuaca baik,” katanya.
Pada sebelah malam, hanya satu dua tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang diramalkan hujan dan tempat-tempat lain diramal mengalami cuaca baik. – Berita Harian
KOMEN