KUALA LUMPUR – Ketua kampung, imam dan pemimpin komuniti perlu memainkan peranan menjaga komuniti masing-masing dalam membendung penularan COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peranan yang boleh dimainkan ialah membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi penduduk kampung masing-masing.
“Sama ada kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai menjual barangan keperluan harian, nasihati mereka supaya memakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial.
“Saya percaya jika kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, kita akan dapat melalui fasa PKPP ini dengan jayanya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disiarkan secara langsung, pada 20 Julai. – Berita Harian
KOMEN