BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan punca dan kontak rapat seorang pelajar tahfiz di Batu Gajah, Perak yang disahkan positif COVID-19, semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata susulan kejadian itu Perak kini bukan lagi Zon Hijau.
“Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang pelajar ini mendapat jangkitan wabak ini dari sekolah tahfiz di sini berikutan sudah ditutup agak lama sebelum 18 Mac.
“Difahamkan pelajar ini telah pergi merata tempat bersama keluarga termasuk di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Batu Gajah pada 3 Mac lalu.
“Pelajar ini sudah menjalani ujian saringan pertama bersama 41 pelajar tahfiz di situ namun keputusannya negatif dan ujian kedua melalui Rapid Test Kit (RTK) Antibody mendapati dia positif wabak itu,” katanya selepas meninjau sebuah rumah yang ditimpa pokok di Kampung Bukit Putus, Gunong Semanggol, di sini, pada 1 Jun. – Berita Harian
KOMEN