MOSCOW: Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat kesejukan melampau apabila gurunya terlupa membawanya masuk selepas sesi playtime.
Mayat Zakhra Rzayeva, 3 tahun, ditemukan dalam keadaan beku di belakang timbunan salji di taman permainan taskanya di Moscow, Rusia pada -5C.
Menerusi portal Mirror.uk yang memetik laporan portal The Daily Mash, guru di Kindergarten Number 2120 itu terlupa bahawa kanak-kanak malang itu masih berada di luar.
Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian tragik kanak-kanak tersebut yang melibatkan jawatankuasa penyiasatan Rusia.
Kesemua guru dan pekerja tadika tersebut kini sedang disoal siasat manakala kedua ibu dan bapa Rzayeva tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut kerana terlalu tertekan.
Guru-guru di tadika tersebut juga enggan mengulas lanjut tetapi berkata kanak-kanak itu ditemukan terbaring di atas salji dan kakitangannya telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya. – ASTRO AWANI
KOMEN