Home » Uncategorized » China komunis larang bayi diberi nama Islam

China komunis larang bayi diberi nama Islam

BEIJING, 25 April – China komunis semakin kejam di wilayah paling ramai dihuni umat Islam apabila membuat peraturan baharu, melarang mana-mana bayi diletakkan dengan nama Islam, kononnya untuk mematahkan kumpulan ekstremis.

Dokumen bertajuk ‘Peraturan Nama bagi Etnik Minoriti’ melarang nama digunakan orang Islam seluruh dunia, termasuk Imam, Hajj, Islam, Quran, Saddam dan Medina, digunakan, lapor Radio Free Asia (RAF).

Kumpulan pemantau yang berpendapat tindakan itu mengehadkan hak-hak asasi manusia berkata, peraturan berkenaan dilaksanakan di wilayah Xinjiang di mana Parti Komunis China mengenakan peraturan ketat terhadap Islam, kononnya untuk menyekat gerakan ekstremis, selain pejuang Uyghur.

Mana-mana bayi yang memiliki nama ‘agama keterlaluan’ akan dihalang daripada didaftarkan dalam sistem pendaftaran isi rumah yang mengawal akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, kata seorang pegawai polis Urumqi kepada RFA.

“Anda tidak dibenar memberi nama yang mempunyai rasa agama yang kuat, seperti Jihad. Perkara yang paling penting di sini adalah konotasi nama seperti perang suci atau pemisahan,” katanya.

Senarai nama yang diharamkan itu sebelum ini diperincikan di wilayah Hotan pada 2015, tetapi kini dilaksanakan di seluruh Xinjiang, yang dihuni kira-kira 10 juta umat Islam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, peraturan baharu ini tidak masuk akal selain menyekat kebebasan beragama atas nama memerangi ekstremis.

Dasar ini adalah pelanggaran terang-terangan perlindungan domestik dan antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan kepercayaan dan bersuara.

“Insiden keganasan dan ketegangan etnik di Xinjiang meningkat pada tahun kebelakangan ini, tetapi dasar dan hukuman kerajaan tidak penyelesaian. Sebaliknya, mereka hanya meningkatkan kebencian di kalangan Uyghur,” kata Pengarah Hak Asasi Manusia bagi China, Sophie Richardson.

Tindakan terbaharu itu dibuat kurang sebulan selepas pihak China komunis mengenakan peraturan melarang pemakaian burqa di tempat awam dan menyimpan janggut, serta mengenakan hukuman jika enggan menonton program televisyen atau radio negara itu.

Peraturan yang disiarkan menerusi media dikawal komunis juga mengingatkan ibu bapa supaya menjaga tingkah laku moral yang baik untuk mempengaruhi anak-anak mereka, menegakkan perpaduan etnik dan menolak ekstremis.

Hukuman terhadap kakitangan awam beragama Islam juga dilaporkan semakin tegas.

Pada Januari lalu, seorang kakitangan diberi amaran tegas kerana mengkritik dasar kerajaan dan pada Mac lalu, seorang pegawai Uyghur dilaporkan dibuang kerja kerana mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, berbanding tempat yang ditetapkan kerajaan.

Pengharaman berterusan terutama yang kononnya kelihatan seperti ‘tingkah laku pelampau’ telah diperkenalkan di beberapa kawasan di Xinjiang, termasuk menghalang wanita Islam bertudung atau lelaki muslim berjanggut daripada menaiki bas. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *