Home » Langit Terbuka » China haram tayangan TV unsur Barat

China haram tayangan TV unsur Barat

BEIJING, 1 Sept.  – Kerajaan China mewujudkan satu garis panduan baharu dengan mengharamkan rancangan dan iklan yang mempromosikan budaya Barat.

Pengharaman tersebut juga merangkumi sebarang unsur jenaka mengenai tradisi China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, setiap iklan yang disiarkan sekiranya mempunyai unsur ymempromosikan rokok, meminum arak, pergaduhan dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, China turut melarang keras tayangan yang mengandungi unsur homoseksual, sumbang mahram dan penderaan seksual.

Dalam masa yang sama, drama sains fiksyen yang berkaitan dengan pengembaraan masa (time travel) juga tidak dibenarkan kerana didakwa mencipta kontroversi, mitos dan plot cerita yang pelik. –Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *