KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy adalah antara lapan individu dijadual mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di Dewan Negara esok.
Susulan majlis itu, dijangkakan ada dalam kalangan mereka kemudian mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Chin Tong dan Waytha, enam lagi ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Marzuki Yahya.
Pakar forensik kewangan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Ismail Ibrahim.
Kesemua mereka dipilih oleh kerajaan pusat manakala Datuk Hussain Awang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan Asmak Husin oleh DUN Kelantan. – BERNAMA
KOMEN