LENSA Sekitar Program Latihan Dalam Perkhidmatan kepada 100 orang guru dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas pada 12 Februari.
Program ini bertujuan untuk membantu warga sekolah memahami konsep Malaysia Madani dengan lebih jelas.
Ceramah bertajuk Peranan Guru Membangun Malaysia Madani telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Johari Abdullah yang kemudiannya turut merasmikan program tersebut.
Hadir sama dalam majlis yang diadakan di Kota Bharu ini ialah Pengetua SMK Kubang Bemban, Haji Mohd Sukri Hassan. Mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah Penyelaras program, Encik Aidi Kussuma Mamat.
KOMEN