Majlis Penutup Seminar Kenegaraan Madani

PEMIMPIN Ulung Indonesia, Bapak Soekarno pernah berkata,”Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru daripada akarnya, dan berikan aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia! ”Anak muda sinonim dengan tenaga, kudrat dan kreativiti. Sebenarnya anak muda perlu diberikan ruang kebebasan untuk berkarya mengikut bidang kepakaran masing-masing,”. Demikian ucapan Pengarah YADIM Negeri Selangor, […]

Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024

SERAMAI 24 pelajar telah berentap dalam Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat pada 23 April. Ia merupakan kemuncak kepada pertandingan yang berlangsung sejak Februari lalu yang menyaksikan bakat-bakat muda daripada kalangan pelajar sekolah-sekolah pesisir pantai Kelantan memperlihatkan kebolehan masing-masing. Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif […]

Kalam Madani Khas dengan kerjasama PUSPEN Besut

GOLONGAN Yang ingin berubah dan kembali ke jalan lurus sewajarnya didekati dan tidak disisihkan kerana semua layak diberikan peluang kedua. Cakna dengan itu, YADIM Terengganu pada 22 April dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut telah menganjurkan program Kalam Madani Khas Bersama Yang Dipertua YADIM. Bertempat di Masjid al-Hidayah PUSPEN Besut, ia disertai seramai […]

Ramah Mesra Bersama Komuniti Madani di Madrasah Uthmaniah

DALAM Kesibukan program dan melestari gerakan dakwah di Pulau Pinang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah memenuhi undangan jemputan Ramah Mesra Bersama Komuniti Madani di Madrasah Uthmaniah, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada 20 April. Dalam ucapannya ketika sesi ramah mesra, beliau menekankan kepentingan institusi pendidikan Islam dalam melestarikan gerakan dakwah. Program ini turut […]

Slot Madani di Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ)

MAJLIS Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ) Institut Pendidikan Guru (IPG) Peringkat Kebangsaan 2024 diteruskan lagi dengan pengisian Slot Khas Kepimpinan Madani daripada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertajuk ‘Peranan Generasi Pendidik Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’. Seramai 162 orang peserta MTTHQ dalam kalangan bakal pendidik menyertai sesi para 20 April ini. […]

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk pelajar tingkatan 6 seluruh Kuala Lumpur. Siri pertama program ini dihadiri 300 peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 6 dan guru-guru dari sekolah St. Johns Institution, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak dan Sekolah Menengah […]

Seminar Kenegaraan Madani di IPGKRM

SISWA Guru sebagai bakal pendidik turut menjadi keutamaan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Negeri Sembilan dan Melaka. Justeru, pada 17 April, seramai 200 bakal guru berkenaan telah mengikuti program Seminar Kenegaraan Madani di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar (IPGKRM) anjuran YADIM Negeri Sembilan. Selaras dengan gerak kerja menyantuni semua tanpa mengira latar belakang, program ini […]

Perancangan Program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor

YADIM Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Haji Mohd Hanafi Samad pada 16 April. Pertemuan di pejabat beliau di Johor Bahru itu berlangsung selama sejam yang menyentuh pelbagai aspek cadangan kerjasama. Antaranya termasuklah program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor untuk pelajar tingkatan 4 dan 6 serta beberapa program […]

Lawatan kerja YBTM: Program Ziarah Kasih Madani

LAWATAN Kerja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan ke Kelantan pada 7 April diisi antaranya dengan Program Ziarah Kasih Madani di Jajahan Pasir Puteh. Seramai 15 keluarga asnaf dari Kampung Jelor, Kampung Dalam Pupuh dan Kampung Gong Macam Manis telah disantuni dengan sumbangan bekalan makanan asas […]

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk kepada keluarga mualaf. Sesuai dengan itu pada 5 April, YADIM Kedah dan Perlis bersama rakan badan bukan kerajaan antaranya Hidayah Centre Foundation, Majlis Dakwah Negara dan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Islam Antarabangsa […]