Sumbangan Bakul Madani YADIM Negeri Kedah dan Perlis

MANGSA-mangsa bencana banjir yang menimpa utara Negeri Kedah terus disantuni oleh YADIM Negeri Kedah dan Perlis. Terbaharu pada 1 Oktober, seramai tujuh keluarga penduduk Kampung Pulau Timbul, Tunjang telah menerima sumbangan Bakul Madani yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki bersama Sukarelawan YADIM. Mereka yang […]
Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis

PELBAGAI Ejen Dakwah YADIM dan rakan strategik berganding bahu menjayakan program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis, daerah Hulu Langat pada 29 dan 30 Ogos. Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Madrasah Ahmadiah Diniah, SEBATI Madani ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Antaranya termasuklah pengisian Interaktif oleh Daie Komuniti YADIM Ustaz Nasrullah Amran […]
Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani & Maju Johor

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Negara disambut YADIM Negeri Johor dengan program-program menyemarak kecintaan kepada negara. Pada 31 Ogos, telah berlangsung Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani dan Maju Johor. Program di Masjid Seri Pengkalan Kampung Parit Kuda, Batu Pahat, Johor ini disertai seramai 270 warga penduduk sekitar. Ia menampilkan Kadi Daerah Batu Pahat, Assyeikh Haji […]
Majlis Silaturrahim Saudara Kita & Musaadah Madani YADIM

YADIM Negeri Sarawak memulakan Program Dakwah Negara 2024 untuk negeri berkenaan dengan Majlis Silaturrahim Saudara Kita dan Musaadah Madani YADIM pada 31 Ogos. Program di Masjid Darul Iman, Bau itu menyantuni seramai 80 orang peserta daripada kalangan saudara kita sekitar Bau. Dijayakan dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Daerah Bau, Jabatan Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah […]
Seminar Kenegaraan Madani di Politeknik Mersing

PROGRAM Seminar Kenegaraan Madani yang terbaharu telah berlangsung di Politeknik Mersing, Johor pada 21 Ogos. Diadakan di Dewan Permata Marjan politeknik berkenaan dan disertai seramai 400 pelajar, ia bertujuan memberi penerangan berkaitan konsep Malaysia Madani dengan kefahaman yang betul, kedudukan Islam dalam perlembagaan, keselamatan negara serta peranan orang muda dalam penghayatan teras Malaysia Madani. Pengamal […]
Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024

MENYEMARAKKAN Bulan Kemerdekaan Negara, telah dianjurkan menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024 pada 22 Ogos. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Kesom, SK Kebor Besar, YADIM Negeri Terengganu, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Belia dan Sukan […]
Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan

JELAJAH Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini singgah di Pusat Tingkatan Enam Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur pada 22 Ogos. Siri kali ke-7 ini dihadiri kira-kira 150 orang pelajar tingkatan enam dan guru. Ia menampilkan Dr. Zulqarnain Lukman dan Profesor Madya Dr Khairil Azmin Datuk Mokhtar yang kedua-duanya merupakan pakar […]
Program Aspirasi Remaja Madani Pengakap Berselawat

LENSA Program Aspirasi Remaja Madani Pengakap Berselawat sempena Kempori Pengakap Madani Peringkat Kebangsaan 2024 pada 10 Ogos. Hampir 1,000 anggota pengakap dari seluruh negara menyertai acara ini yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah dijemput menyampaikan tausiah khas pada acara ini. Beliau […]
Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb

ALHAMDULILLAH…. Budaya ilmu terus disuburkan di Kompleks Seri Perdana. Dalam penganjuran terkini Majlis Ilmu Madani pada 3 Jun, hampir 500 tetamu memenuhi dewan program yang menyaksikan Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb menjadi tetamu undangan. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Anwar Ibrahim ketika memulakan majlis menzahirkan penghargaan atas […]
Forum Madani Global anjuran IKIM kerjasama WADAH

INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Persatuan Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) akan menganjurkan Forum Madani Global pada 10 dan 11 Julai di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan dihadiri oleh Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr. Ali Muhyiddin Al- […]