Program Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan

PROGRAM Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan telah berlangsung di Dewan Dato’ Dr. Abdul Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 19 Februari. Lebih 150 orang pegawai awam Polis Diraja Malaysia Kelantan terlibat dalam program ini. Ahli panel wacana adalah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengarah Klinik Primer Cherang, Dr. Safwan Saifudin. […]
Program Training Of Trainers (TOT) Jurubicara Malaysia Madani

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM menerusi kerjasama dengan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menganjurkan program Training Of Trainers (TOT) Jurubicara Malaysia Madani pada 17 Februari bertempat di Putrajaya. Program ini merupakan idea dan inisiatif Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, […]
Program Ziarah Madani di Desa Mentari dan Taman Medan

GOLONGAN Yang memerlukan sentiasa didekati YADIM Negeri Selangor. Terbaharu bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dan Sukarelawan YADIM Petaling Jaya Selatan 8 dibawah pimpinan Puan Aneta Minhat, mereka mengadakan program Ziarah Madani di Desa Mentari dan Taman Medan pada 15 Februari. ADUN Seri Setia, Yang Berhormat Dr. Fahmi Ngah yang turut sama […]
Kursus Kenegaraan Madani bersama pendidik sekolah ABIM

JALUR Pendidikan kekal menjadi salah satu pendekatan dakwah yang menjadi keutamaan YADIM. Bertempat di Madrasah Al Akhlakiah, Bagan Serai, Perak, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Takmir Pendidikan ABIM telah menganjurkan Kursus Kenegaraan Madani kepada 80 orang pendidik sekolah-sekolah ABIM Negeri Pulau Pinang pada 11 hingga 13 Februari. Sepanjang kursus, para pendidik telah mengikuti modul-modul […]
Program Ziarah Madani SAY Kuala Langat

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Langat terus bergerak menyantuni golongan yang memerlukan. Program turun padang terkini mereka berlangsung pada 13 Februari di Jalan Aman, Kampung Kanchong Darat, Banting apabila sejumlah 10 keluarga asnaf disantuni. Antara mereka yang menerima sumbangan ini adalah pesakit terlantar dan mereka yang berkerusi roda. Program Ziarah Madani ini dijayakan dengan kerjasama Surau […]
Adab Perbezaan Pendapat Asas Utama Malaysia Madani

YADIM Negeri Johor telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk ‘Adab Perbezaan Pendapat Asas Utama Malaysia Madani’ di Program Perjumpaan Warga Perpaduan Daerah Batu Pahat . Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor itu berlangsung pada 13 Februari di Dewan Pelajaran, Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat dan dihadiri seramai 85 peserta. […]
YADIM Interaktif Kenegaraan Madani

SESUAI Dengan hasrat melahirkan pemimpin daripada warga pendidik, YADIM Negeri Pulau Pinang bersama Sekolah Rendah Islam Al Ikram (SRIAI), Tasek Gelugor telah mengadakan program YADIM Interaktif Kenegaraan Madani. Berlangsung pada 12 Februari, ia diadakan di Bilik Mesyuarat SRIAl. Program ini memberi penekanan kepada warga pendidik akan Dasar Malaysia Madani serta menerapkan adab-adab dalam berbeza pendapat. […]
Ceramah Peranan Guru Membangun Malaysia Madani

LENSA Sekitar Program Latihan Dalam Perkhidmatan kepada 100 orang guru dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas pada 12 Februari. Program ini bertujuan untuk membantu warga sekolah memahami konsep Malaysia Madani dengan lebih jelas. Ceramah bertajuk Peranan Guru Membangun Malaysia Madani telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Johari Abdullah […]
Wacana Minda Madani bersama YBTM di POLISAS Kuantan

MENERUSKAN Inisiatif melestari gerakan dakwah menerusi jalur pendidikan, telah diadakan Wacana Minda Madani bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, pada 10 Februari. Kali ini Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM mengadakannya dengan kerjasama Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Program ini telah dihadiri lebih 200 orang […]
Jelajah Seminar Keluarga Madani Negeri Kedah

CUTI Hujung minggu telah dimanfaatkan oleh pihak YADIM Negeri Kedah dan Perlis untuk menganjurkan sebanyak tiga Program Dakwah Negara (PDN) 2024 untuk menyantuni masyarakat. Program pertama merupakan Bengkel Kerjaya Anak Yatim yang diadakan pada 18 Oktober di Rumah Pertubuhan Anak Yatim Az-Zahra, Bandar Laguna, Merbok, yang telah dilangsungkan menerusi penglibatan UniSHAMS PERKIM Club, Rakan Siswa […]