Dermawan dan Kekuatan Memberi
KEDERMAWAN merupakan sebahagian daripada sikap cinta Nabi s.a.w terhadap sesama manusia. Baginda berusaha untuk selalu menderma, baik dalam keadaan sempit mahupun saat lapang atau berada. Diceritakan, ada seorang yang menemui Nabi s.a.w dan meminta sesuatu kepada beliau. Dengan santun Nabi s.a.w menjelaskan kepadanya, “Aku sekarang tidak memiliki apa-apa. Tetapi belilah keperluanmu atas tanggunganku, nanti apabila […]
Madrasah Ramadan dan hadiah-hadiah lumayan
Madrasah Ramadan mempunyai sistem yang halus dan ketat. Tidak boleh menyanggahi atau melampaui batasannya. Semua orang mesti berusaha untuk mempraktikkan sistem-sistem ini dengan sempurna mungkin. Mereka hendaklah menjauhkan makanan dan yang berkaitan dengannya, bermula dari azan Subuh, dan hendaklah berbuka puasa serentak ketika azan Maghrib. Pada siang dan malamnya, hendaklah mengikuti sekadar yang mereka terdaya […]
Untuk apa kita dilahirkan?
Oleh ZAID MOHAMAD PEMAHAMAN tentang prinsip-prinsip akidah adalah penting dalam pembentukan peribadi seseorang manusia. Orang yang memahami prinsip-prinsip akidah secara yang lebih baik memiliki peribadi yang lebih positif. Contohnya, salah satu aspek atau prinsip aqidah ialah tujuan manusia dicipta, dihidupkan di muka bumi ini. orang yang memahami tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini. Orang yang […]
Doa adalah ‘otak’ ibadat
Oleh ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 186 Syeikh al-Maraghi berkata: Apabila Allah menuntut hamba-Nya dalam ayat yang dahulu tentang kefarduan puasa puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa mereka supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur. Allah SWT menyebut dengan ayat ini sebagai dalil Dia bersifat Maha Mengetahui keadaan mereka dan Maha Mendengar segala doa mereka. […]
Jenis-jenis asabiyah
Istilah “asabiyah” dalam Islam mempunyai konotasi buruk kerana mengandungi unsur ekstremis atau sikap patriotik yang keterlaluan terhadap suku atau golongannya yang merupakan salah satu ciri kehidupan jahiliyah (asabiyah jahiliyah). Walau bagaimanapun, Ibn Khaldun mengklasifikasi asabiyah kepada dua asabiyah yang bersifat positif dan negatif iaitu asabiyah Islamiah atau asabiyah jahiliyah. Asabiyah Islamiah ialah semangat permuafakatan dan […]
Mata hati yang menyingkap tabir kegelapan
Oleh : Amida AbdullahHamid ALLAH SWT, tuhan yang mencipta dan menguruskan segala yang di langit dan di atas bumi. Di antara makhluk ciptaan Allah ialah manusia , malaikat dan jin. Manusia ialah sejenis makhluk Allah yang asalnya dicipta Allah daripada tanah. Makhluk lain seperti malaikat dan jin ialah makhluk yang Allah cipta daripada cahaya dan […]
Jangan mencela makanan
SUATU hari, Rasulullah SAW mengajak Khalid ibn Walid mengunjungi isteri Baginda, Maimunah, yang juga makcik sebelah ibu Khalid yang baru dinikahinya. Melihat kedatangan sang suami tercinta berserta anak saudaranya, Maimunah menghidangkan daging dab (binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil). Ketika Baginda Rasulullah menghulurkan tangan untuk mengambil daging yang dihidangkan, seorang perempuan yang berada di dalam […]
Mampukah amalan kita menghantar kita ke syurga?
Oleh HANIF MUDHOFAR Keupayaan mengawal perasaan di saat gembira dan sedih boleh menghalang seseorang daripada sifat sombong dan membangga diri. Ini kerana, ketika seseorang berjaya melakukan sesuatu kebaikan, dia sedar bahawa kejayaannya itu hanyalah atas izin Allah jua. Dan di saat dia gagal melakukan kebaikan yang diinginkan, dia yakin bahawa masih ada peluang baginya untuk […]
Mengundi calon bukan Muslim dalam pilihanraya
sumber; Mufti Wilayah Persekutuan Bayan Linnas Siri Ke- 129 PENDAHULUAN Bidang kepimpinan merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam. Menurut al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan, memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi. Firman Allah SWT: وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً Maksudnya: “Dan […]
Berserahlah kepada-Nya, takutlah kepada-Nya
Oleh AMIDA ABDULHAMID Dr Amida Abdulhamid adalah seorang penulis dan penilai buku yang berpengalaman. Nama pena beliau adalah Anis Mata kasar kita sering menyaksikan kejayaan dan kegagalan dalam hidup. Apabila hajat hati dan kehendak rasa terpenuhi, kita berasa nikmat yang amat sangat. Dunia bagaikan syurga bagi kita. Gelak ketawa mengisi tiap rongga kehidupan. Di sebaliknya, […]