Air penting untuk kita

Air merupakan salah satu sumber daya terpenting bagi kelangsungan semua makhluk di muka bumi. Air kosong menjadi satu keperluan vital dalam kehidupan seharian manusia. Oleh sebab itu, sejak dari kecil kita sudah diajar tentang kepentingan meminum air kosong untuk kesihatan tubuh badan. Faktanya, air kosong mengandungi banyak manfaat luar biasa kepada manusia. Selain sebagai penawar […]

Jarum orientalis G25

Jarum halus orientalis yang menusuk masuk ke dalam pemikiran kumpulan G25 semakin ketara sehingga mereka sanggup untuk meruntuhkan institusi agama dalam negara. G25 jika dilihat dari perspektif pemikirannya jelas terpengaruh dengan wawasan orientalis yang cuba menggunakan metodologi pentafsiran al-Qur’an berdasarkan rasionaliti dan teori empirikal yang tidak mempunyai kaitannya dengan sebab akibat sesuatu ayat itu diturunkan, […]

Penyakit hati punca kejadian jenayah

Oleh : Dato’ Dr Ismail Ibrahim Pengerusi Institut Profesional Baitul Mal Kita terkejut, marah dan sedih, membaca akhbar atau menonton televisyen yang sering memaparkan kekejaman dan sifat kebinatangan yang dilakukan oleh orang terhadap orang lain, yang kadang-kadang melibatkan deraan, perlakuan ganas, penyiksaan fizikal dan pembunuhan yang kejam. Dalam banyak hal, masyarakat kita mengalami penyakit psikologi […]

Mencontohi akhlak Rasulullah SAW

“Engkau bukan seperti yang biasa datang.” Lontaran kata-kata itu menyebabkan Saidina Abu Bakar RA menahan tangis. Si pengemis Yahudi buta tersebut mengatakan bahawa yang menyantuninya saban pagi sentiasa menghaluskan makanan sebelum disuapkan ke mulutnya. Layanan yang diterimanya kini cukup berbeza. Sedangkan dia tidak mengetahui yang melayaninya sebelum ini adalah insan yang seringkali dicaci dan difitnah […]

Musibah : Penghapus dosa atau penambah pahala

Para ulama berbeza pendapat tentang apakah orang yang ditimpa musibah itu mendapat penghapusan dosa atau mendapat pahala. Sebahagian ulama berpendapat bahawa setiap musibah itu mendatangkan pahala bagi si penderitanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa musibah mendatangkan pahala hanya jika si penderita bersabar menerima musibah itu. Ibnu Abdussalam menyatakan hal itu secara tegas. Ibnu Taimiyah berserta […]

Al-Quran jawab tentang keganasan

Gambaran buruk Barat terhadap Islam, Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan umat Islam telah melalui sejarah panjang, sepanjang sejarah hubungan Islam dan Barat (Kristian) yang memakan ratusan tahun lamanya. Pada masa-masa tertentu gambaran negatif tersebut sengaja digerakkan sebagai usaha membela diri atau menutup kelemahan, meningkatkan citra agama Kristian dan Yahudi serta bangsa Barat di hadapan umat […]

Vaping ikut trend

Vaping semakin menjadi petunjuk baharu dalam kalangan perokok di serata dunia apabila pengagumnya mula bercakap-cakap sehingga lewat pagi mengenai keseronokan yang mereka nikmati. Sebelumnya, ketika rokok masih menjadi sesuatu yang dianggap berprestij, ada pihak mengiklankanya sebagai “sumber inspirasi”, nikmat merasainya kesejukan “high country”, dan gaya macho seorang lelaki matang, yang turut ditemani wanita cantik, seksi […]

FMD: Membina pemimpin muda berjiwa Islam

Pembinaan generasi muda adalah satu aspek yang sangat penting kepada sesebuah negara. Ini kerana, generasi muda adalah pewaris negara yang kelak akan menjadi pemimpin dan menentukan hala tuju negara. Justeru, menyedari hal demikian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mewujudkan satu program khas yang diberi nama Felo Muda Dakwah (FMD) khusus bagi membentuk pendakwah muda […]

Pengaruh media terhadap pemikiran dan jiwa umat Islam

Oleh: Dr Saodah Abd Rahman Media memainkan peranan penting bagi menyebarkan maklumat sama ada berunsurkan negatif atau positif. Kemajuan teknologi telekomunikasi menjadikan manusia merasai bahawa dunia ini adalah kecil dan tanpa sempadan. Pada zaman dahulu manusia sukar untuk mendapat maklumat dan menghubungi antara satu sama lain terutama apabila berada dalam sempadan yang berbeza. Maklumat dan […]

Berbeza pendapat tetapi kekalkan perpaduan

Mengenai penghargaan atas perbezaan pendapat, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Perbezaan pendapat (di kalangan) umatku adalah rahmat.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). Justeru, tidak hairan dalam Islam ada beberapa mazhab dan aliran. Dalam fiqh ada beberapa mazhab yang tersohor iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Selain itu ada juga mazhab fiqh yang lain, meskipun tidak sebesar […]