Unit Pemasaran dan Promosi
Memasarkan bahan-bahan penerbitan Yadim seperti buku, majalah, jurnal dan lain-lain bahan terbitan. Menjalin kerjasama pintar dalam pemasaran, promosi, penjualan dengan jabatan/agensi kerajaan/agensi swastadalam memastikan penglibatan YADIM dalam terbitan bahan-bahan ilmiah YADIM melalui penganjuran ekspo, pameran serta pesta buku. Mewujudkan rangkaian hubungan dengan penerbit dan pengedar buku seluruh negara
Unit Grafik
Menghasilkan rekabentuk grafik kulit buku, risalah, buku cenderamata, iklan dan pamplet . Menyediakan rekabentuk grafik untuk penerbitan Majalah YADIM. Menyediakan perkhidmatan grafik untuk bahagian dalaman Yadim.
Unit Buku
Mengenal pasti buku-buku serta hasil-hasil penulisan dan kajian yang bersesuaian untuk dicetak serta diterbitkan oleh YADIM yang memenuhi kehendak pasaran. Menguruskan percetakan dan penerbitan sebarang buku dan bahan cetak yang hendak diterbitkan oleh bahagian atau unit di YADIM. Memastikan setiap bahan cetak yang hendak diterbitkan bertepatan dengan peranan YADIM dan mengenal pasti […]
Unit Majalah
Menerbitkan majalah Dakwah dengan merancang konsep dan fokus majalah mengikut isu semasa untuk menyampaikan mesej dakwah secara ilmiah dan sederhana ke arah membentuk khaira ummah. Menjadikan bahan-bahan penulisan sebagai rujukan yang autoritatif. Membentuk panel Penulis mengenai hal ehwal Islam melalui wacana ilmu.
Bahagian Penerbitan Dan Dokumentasi
Memasarkan bahan-bahan penerbitan Yadim seperti buku, majalah, jurnal dan lain-lain bahan terbitan. Menerbitkan bahan bacaan yang islamik untuk kegunaan dakwah yang selari dengan pemikiran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Memangkinkan perkembangan dakwah melalui wacana pemikiran dan intelektual. Menyediakan reka bentuk grafik buku, risalah, buku cenderamata dan sebarang bahan cetak yang diperlukan oleh setiap bahagian di YADIM. […]