Sumbangan Kembali Ke Sekolah SAY Kuala Langat
SESI Persekolahan yang baharu bakal bermula tidak lama lagi. Cakna dengan situasi itu, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah mengadakan program sumbangan Kembali Ke Sekolah kepada mereka yang memerlukan baru baru ini. Seramai 15 pelajar dari Kampung Sijangkang, Kampung Medan, Kampung Kelanang dan Kampung Sungai Buaya di Kuala Langat menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh […]
Retreat MAIM, NUIM dan MAWIM bersama pengurusan tertinggi YADIM
BADAN Bukan Kerajaan (NGO) mempunyai kekuatan yang tidak dinafikan mampu mempengaruhi banyak pihak di negara ini. Melalui gerak kerja mereka ia mampu menentukan halatuju banyak pihak termasuk kerajaan. Selaku penyelaras kepada gerak kerja NGO Islam di negara ini, YADIM menerusi entiti bersamanya iaitu Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) dan […]
Program Kem Generasi Soleh di Surau Ladang tereh Mill, Kluang
DAKWAH Kepada generasi muda merupakan pendekatan terbaik mendidik dan menanamkan nilai nilai Islam kepada generasi muda. Sesuai dengan tujuan itu, YADIM Johor menganjurkan Program Kem Generasi Soleh di Surau Ladang tereh Mill, Kluang pada 5 dan 6 Mac. Seramai 35 pelajar daripada kalangan anak-anak pekerja Ladang Tereh Mill menyertai program ini yang diadakan dengan kerjasama […]
Program Bicara Dakwah Ambang Ramadan
LENSA Program Bicara Dakwah Ambang Ramadan bertempat di surau Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Kemaman pada 5 Mac. Seramai 200 pelajar institut berkenaan menghadiri program ini yang menampilkan Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid, Zamalah YADIM Terengganu sebagai penceramah. Program ini merupakan sebahagian pengisian YADIM Terengganu untuk menyambut Ramadan tidak lama lagi.
Program Jiwa Madani siri kedua
Program Jiwa Madani siri kedua hasil kerjasama YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan telah berlangsung pada 6 Mac. Seperti siri pertama di Bachok, Program di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Bunga, Jeli ini memberi penerangan berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019. Pencerahan mengenai isu berkenaan disampaikan oleh Peguambela & Peguamcara Mahkamah […]
Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor
KEM Rimba Bukit Lagong, Selayang menjadi lokasi seterusnya penganjuran program ikonik YADIM, Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor. Seramai 45 peserta dari Selayang menghadiri kem selama dua hari pada 5 dan 6 Februari ini. Kesemuanya menerima pendedahan aktiviti dalam dan luar kelas yang direka bertujuan melahirkan remaja yang mempunyai sahsiah terpuji selain aktif jasmani […]
Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2
MESYUARAT Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2 telah diadakan pada 5 Mac di ibu pejabat YADIM di Putrajaya. Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM sesi 2024/2026, Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail. Konvensyen berkenaan dijangka akan diadakan pada September nanti di Universiti Multimedia Cyberjaya. Ini merupakan kali ke-2 ia diadakan […]
YADIM Kelantan: Program Jiwa Madani
LENSA Program Jiwa Madani hasil kerjasama YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan Daerah Bachok pada 5 Mac. Program di Pejabat Penerangan Daerah Bachok ini memberi penerangan berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019. Pencerahan mengenai isu berkenaan disampaikan oleh Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Haji Nik Saiful Adli Burhan, […]
Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
KERJASAMA Dakwah dengan pelbagai rakan strategik kekal menjadi pendekatan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan. Pada 4 Mac, mereka bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Ta’awun Rakyat Harmoni Gua Musang mengadakan program YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Surau Kampung […]
Gotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan
SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor terus sentiasa bersama masyarakat. Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, SAY Kuala Selangor bersama penduduk telah bergotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan pada 3 Mac. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran penduduk kampung sebelum tahlil ringkas diadakan dan kerja-kerja menebas rumput dan pembersihan […]