Konvoi Hari Malaysia YADIM Kedah semarak lapan masjid
ALOR SETAR – Menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, YADIM Kedah telah terlibat menganjurkan Konvoi Hari Malaysia pada 17 September. Seramai 100 peserta menyertai program konvoi ini yang melibatkan check point di lapan buah masjid. Ia dianjurkan bersama oleh Masjid Al-Mahmudi, Masjid Nurul Iman Kubang Bongor, Masjid Jamek Kubang Jawi, Masjid Rayatul Islam Kubang Siam dan […]
Persidangan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera NUIM
PUTRAJAYA – Lebih 40 ahli kumpulan pemikir Nadwah Ulama Ilmuan YADIM (NUIM) berhimpun dalam Persidangan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini pada 17 September. Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk memberikan kefahaman berkaitan konsep dan peranan Keluarga Malaysia dalam usaha meningkatkan sistem sokongan secara holistik kepada masyarakat melalui pengupayaan institusi kekeluargaan. la bagi memastikan semua […]
15 keluarga ibu tunggal disantuni SAY Kuala Langat pada Hari Malaysia
SIJANGKANG – Sempena menyambut hari Malaysia pada 16 September, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) telah bekerjasama mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat. Seawal 8 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum acara pelepasan konvoi bermotosikal SAY Kuala Langat oleh penceramah bebas, Ustaz Hisham Sauti. Pada sambutan […]
YADIM Pulau Pinang, Uda Property santuni anak anak yatim Permatang Janggus
KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Uda Property turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Seperti di negeri lain, YADIM negeri ini turut menganjurkan konvoi yang disertai oleh seramai 50 orang belia bermula di Masjid Jamiul Badawi di sini. Ia dipilih atas nilai sejarahnya yang […]
Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia
PASIR PUTEH – Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, YADIM Kelantan telah terlibat menganjurkan Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia pada 15 September. Seramai 230 peserta menyertai program kayuhan sejauh 8 kilometer ini, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dan […]
RSY Perak Santuni Anak-Anak Yatim
IPOH – Anak – anak yatim Yayasan Annur Maisarah, Chemor di sini telah dikunjungi oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) Perak dalam program Konvoi Kongsi Rezeki pada 11 September lalu. Program yang disertai oleh 13 orang pimpinan RSY Perak serta 39 orang ahli RSY Politeknik Ungku Omar itu turut melibatkan 12 orang ahli Kelab Belia Al-Fateh, […]
Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Manusia Zon Utara.
KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dan Kluster Hak Asasi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Manusia Zon Utara pada 12 September di sini. Program ini diadakan dengan kerjasama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations In The UPR Process (MACSA) dan Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa (WAFIQ). […]
Rakan Belia YADIM terus dapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan
NILAI – Belia masa depan negara! Program memperkasa dakwah di kalangan belia sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Bukan sahaja dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO), malah sudah tentu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga. Pada 11 September, badan dakwah ini terlibat dalam Majlis Pertukaran Kerjasama dalam Karnival Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan […]
YADIM, My Angkasa Amanah Berhad rancang teroka pelbagai bidang kerjasama
PETALING JAYA – Usaha meluaskan jaringan rakan strategik melestari gerakan dakwah di negara ini secara konsisten diadakan sebilang masa oleh YADIM. Ia tidak tertakluk semata mata kepada pihak berkuasa agama atau badan bukan kerajaan Islam. Terbaharu pada 12 September, satu kunjungan telah diadakan kepada pihak My Amanah Angkasa Berhad, sebuah perbadanan berdaftar di bawah Akta […]
Komuniti Sungai Lang terima sumbangan SAY Kuala Langat
BANTING – Terima kasih kerana datang menjenguk kami…. ringkas sahaja ucapannya. Namun ia diungkapkan setulus hati. Dizahirkan tanpa dipinta, sebagai tanda terima kasih atas ingatan pada mereka. Demikian yang diterima oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semasa mereka menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga di Kampung Sungai Lang Lama,Sungai Lang Baru Dan Kampung Sungai Kelambu di […]