SAY Kuala Langat santuni mualaf Orang Asli
SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat meneruskan misinya setiap Jumaat mengagihkan makanan bermasak. Kali ini pada 4 Ogos mereka menyantuni 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey. Selain makanan, mereka turut menerima barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai. Walaupun sekadar sumbangan kecil, namun tanda ingatan kepada penduduk kampung […]
YADIM Pulau Pinang terima kunjungan hormat wakil UNHCR
YADIM Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Mr. Thomas Albrecht dan wakil Pertubuhan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC), Encik Adli Zakuan pada 4 Ogos. Dalam kunjungan ini antara yang dibincangkan bersama Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Fadzil Alias ialah isu – isu semasa kemanusiaan […]
Kunjungan AHAS IRKHS, UIAM
PUTRAJAUA – YADIM menerima kunjungan dari Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS IRKHS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 3 Ogos bagi membincangkan kerjasama dalam usaha menubuhkan Kursi Hamka di universiti berkenaan. Satu memorandum persefahaman akan diadakan di antara kedua dua pihak sebelum gerak kerja penyelarasan dibuat. Selain itu, turut […]
Tahlil, doa selamat serta tausiah Tahun Baru Hijrah di INDAH
INSTITUT Latihan Dakwah YADIM (INDAH) telah menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat serta tausiah sempena Tahun Baru Hijrah pada 3 Ogos. Bertempat di Surau Al Falah di INDAH, majlis ini dihadiri 14 orang Ketua Kampung Mukim Hulu Langat serta jawatankuasanya, komuniti Orang Asli Pangsun dan 40 penduduk masyarakat sekitar. Mereka memberi maklumbalas yang positif terhadap […]
Kunjungan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP
YADIM Pada 3 Ogos menerima kunjungan Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan memperkasa lagi bidang kerjasama yang telah dijalin sebelum ini. Ketua Unit Seranta, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Umie Zaitun Junoh bersama para pegawainya menemui Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bagi membincangkan beberapa program yang berpotensi diadakan […]
Sambutan Maal Hijrah dan Pertandingan Kalam Jaddi PAWE Perlis
ALOR SENA – Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, YADIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H dan Pertandingan Kalam Jaddi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Peringkat Negeri Perlis di PAWE Durani, Alor Sena pada 2 Ogos. Ia dimulakan dengan sesi Bicara Dakwah oleh pendakwah bebas, Ustaz Hashim Othman sebelum pertandingan Tilawah dan Hafazan […]
YADIM santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman
GAMBANG – Berat mata memandang, bahu lagi bahu memikul. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan betapa sedih dan pilunya seorang ayah, Eiyi Johari, 60 tahun. Beliau adalah bapa kepada Allahyarham Azizah Elyi, 40 yang terkorban bersama 8 ahli keluarga yang lain. Turut sama terkorban ialah tunang kepada Azizah. Mereka merupakan mangsa dalam tragedi kepala air […]
Lantikan penasihat SPSM YADIM
PUTRAJAYA – Sektor Perancangan Strategik dan Media (SPSM) YADIM telah melantik tiga pakar berkebolehan sebagai penasihat untuk bahagian-bahagian dalam sektor ini. Tiga individu berkenaan ialah Prof Madya Dr Mariam Abd Majid, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Selangor sebagai Penasihat Bahagian Perancangan Strategik, Timbalan Pengurus Besar Telaga Biru Sdn Bhd, Haji Muhammad Iqbal […]
Tunas Samudera Voyage 452/23
PUTRAJAYA – Buat Julung kalinya warga YADIM diberi peluang menyertai program Jati Diri Kapal Latihan Diraja (KLD) Tunas Samudera yang memulakan pelayarannya pada 1 hingga 11 Ogos ini. Menerusi pemilihan ketat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Ali Azfar Khairul Faiz dan Penolong Pengarah Bahagian […]
Aspirasi Belia Madani: Tahsin Ibadah Membina Karamah Insani.
BELIA sentiasa menjadi fokus dakwah YADIM bagi melestari gerakan dakwah. Program terbaharu bagi tujuan itu dilaksanakan di Terengganu menerusi program Aspirasi Belia Madani: Tahsin Ibadah Membina Karamah Insani. Bertempat di Giat MARA Batu Buruk, Kuala Terengganu, program ini disertai 80 pelatih Giat MARA Kuala Terengganu sendiri dan Kuala Nerus. Pengisian program disampaikan oleh pendakwah bebas, […]