Kempen Kenalkan Nabi Muhammad melalui pameran
SEMPENA Kedatangan bulan Rabiulawal, YADIM Pulau Pinang bersama Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi pameran dalam Kempen Kenalkan Nabi Muhammad. Ia berlangsung pada 2 dan 3 Oktober bertempat di Aras 3, Bangunan KOMTAR. Acara ini merupakan program tahunan, diadakan bertujuan memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat majmuk, bahawa baginda diutuskan kepada seluruh […]
Kursus Daie Yadim Sabah
KURSUS Daie YADIM Sabah telah berlangsung pada 1 hingga 4 Oktober di Kota Kinabalu. Seramai 21 orang bakal Daie daripada 60 permohonan telah terpilih menyertai kursus ini. Antara objektif kursus ini ialah melahirkan daie yg berkualiti, berdaya saing dan bersemangat tinggi walaupun ditempatkan di kawasan pedalaman serta mampu berdepan dan menyelesaikan serta menghadapi cabaran sebagai […]
KPE YADIM menziarahi atlet YADIM yang tercedera
SELESAI Menyertai Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia yang kini sedang berlangsung sempena IJPAM SABAH 2023, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah meluangkan masa menziarahi salah seorang atlet YADIM yang cedera ketika menyertai kejohanan itu. Encik Rosdy Beleg cedera di bahagian dada ketika mewakili YADIM dalam perlawanan bola sepak menentang Jabatan […]
Persidangan Meja Bulat Yang Dipertua YADIM Bersama NGO Islam Sabah
YADIM Sentiasa berusaha memperbaiki program yang dilaksanakan dan hubungan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Menerusi Persidangan Meja Bulat Yang Dipertua YADIM Bersama NGO Islam Sabah di Kota Kinabalu pada 3 Oktober, badan dakwah ini bertemu dengan wakil-wakil NGO bagi membincangkan program yang boleh dijalin dan diadakan bersama untuk manfaat umat. […]
KONVENSYEN Pengurusan Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia
KONVENSYEN Pengurusan Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia kini sedang berlangsung sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM SABAH 2023) dengan tema “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Dalam Era Malaysia Madani. YADIM juga menghantar wakilnya ke konvensyen ini yang turut dihadiri Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal […]
Lembaran YADIM Sdn Bhd ingin memasuki bidang pertanian
PERTANIAN Menjadi tumpuan terbaharu Lembaran YADIM Sdn Bhd (LYSB) dalam usaha giatnya untuk mempelbagaikan bidang perniagaannya. Menerusi kunjung hormat Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Perak, Tuan Azlan Aminuddin pada 3 Oktober, LYSB menyatakan hasrat untuk memajak tanah milik Kerajaan Negeri Perak seluas 1,000 ekar bagi […]
Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sabah
MUSNAH sama sekali dan tidak dapat diselamatkan. Demikian nasib yang menimpa kediaman sebuah keluarga di Taman Sri Rugading, Tuaran, Sabah pada Ogos lepas akibat kejadian kebakaran. Sebagai anggota komuniti masyarakat yang prihatin, ahli jawatankuasa Surau Al Ikhwan yang terletak bersebelahan dengan pangsapuri tersebut berusaha mencari sumbangan untuk membantu keluarga mangsa, walaupun mereka bukan Muslim. YADIM […]
Kursus pengurusan jenazah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)
YADIM Perlis terus menambah rakan strategik dan meluaskan usaha dakwahnya di negeri tersebut menerusi pelbagai pendekatan. Inisiatif terbaharu YADIM Interaktif oleh YADIM Perlis ialah dengan mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang baru baru ini. Program ini merupakan yang pertama kali diadakan diadakan di pusat tersebut, bertujuan memberikan ilmu […]
Program Cuci-Cuci YADIM di Baling
BANJIR yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Baling, Kedah Rabu lalu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang berlaku Julai tahun lalu. Salah seorang mangsa kejadian, Mashitah Ahmad, 49 memaklumkan, air hujan terlalu deras hingga menghanyutkan kayu balak ke hadapan rumahnya. Pengusaha madu kelulut itu memberitahu, mereka sekeluarga bergegas naik ke bahagian atas rumah untuk […]
Program Gema Selawat di Pondok Al-Islahiyyah, Bachok
LENSA program Gema Selawat di Pondok Al-Islahiyyah, Bachok anjuran YADIM Kelantan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan pondok berkenaan pada 1 Oktober. Pengisian program termasuklah sesi tausiah Cinta Rasul, alunan qasidah dan nasyid, marathon Tausiah Perdana selepas Solat Isya melibatkan lima orang Tok Guru pondok sebelum berakhir dengan alunan selawat beramai-ramai. Hampir 300 pelajar […]