Kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

PEJABAT YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 11 Februari. Pertemuan selama lebih satu jam itu bagi membincangkan serta menjalinkan kerjasama secara intensif dalam pelaksanaan program-program Madani, khususnya yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak […]
YADIM Negeri Sarawak bantu banjir di Bintulu

BANJIR Yang melanda Bintulu baru-baru ini mendapat perhatian YADIM Negeri Sarawak yang segera menggerakkan ejen dakwahnya ke lokasi bencana. Bersama-sama Sukarelawan YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen Kuching dengan kekuatan seramai 13 orang, mereka menempuh perjalanan selama 10 jam untuk sampai ke kawasan berkenaan pada 9 Februari. Diketuai oleh pegawai YADIM Sarawak Encik Zamri Bali, […]
Program gunting rambut percuma SAY Kuala Langat

CAKNA Dengan sesi persekolahan yang bakal dibuka semula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut percuma pada 11 Februari. Menyasarkan keluarga yang kurang berkemampuan, ia diadakan di Kedai Gunting Rambut Ceria di Jalan Bunga Raya, Kampung Sijangkang. Seramai 25 kanak-kanak yang menyertai program ini turut menerima cenderahati daripada […]
Perjumpaan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Kelantan

SIRI Perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Kelantan diteruskan pula bersama ahli di jajahan Bachok. Seramai 11 orang ahli SAY jajahan Bachok hadir dalam perjumpaan bersama pengurusan YADIM Negeri Kelantan dalam satu majlis pada 10 Februari. Perjumpaan ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang […]
Solat hajat mendoakan kesihatan YDPA

SATU Majlis ringkas Solat Hajat mendoakan kesihatan, keselamatan dan keberkatan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim anjuran YADIM, Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) dan Masjid Ibnu Mas’ud , Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 Februari. Lebih 150 orang jemaah hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan ahli PAMJ, […]
Sumbangan kepada RSY yang terlibat kemalangan

YADIM melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) telah menyantuni pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu yang mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan. Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat kepada RSY yang terlibat iaitu Muhamad Shahrulnizam Jamil, Nur Rusyda Zaidi dan Nur Saiyidah Mubarakah Mohd Faisal di IPG […]
BICARA Dakwah Hubbul Watan Nadwah Ulama Dan Ilmuwan YADIM (NUIM)

BICARA Dakwah Hubbul Watan Nadwah Ulama Dan Ilmuwan YADIM (NUIM) sempena Maulidur Rasul di Masjid Kariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan telah diadakan pada 19 Oktober. Dianjurkan NUIM YADIM dan Masjid Kariah Paroi Jaya, ia disertai seramai 200 tetamu. Program ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan tahlil ringkas sebelum ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Kariah […]
Perbincangan simposium “Solusi Kesihatan Mental daripada Perspektif Dakwah” (SMILED)

PADA 9 Oktober 2024, YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Unit Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak. Unit Pembangunan Komuniti DBKL diwakili oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar( JPKKB), Encik Haji Ahmad Tarmizi Baharom dan Penolong Pengarah JPKKB, Puan Amimas Othman. YADIM pula diwakili oleh […]
SAY Kuala Langat berikan sumbangan

KEKAL Aktif menyantuni mereka yang memerlukan, Sukarelawan YADIM Kuala Langat pada 1 Oktober menyampaikan sumbangan kepada seramai 80 keluarga yang memerlukan di daerah berkenaan. Bermula di Kampung Endah, Banting, seramai 50 keluarga menerima sumbangan pek makanan sejuk beku bertempat di Dewan Homestay Jalan Randu, Kampung Endah. Ia disampaikan oleh Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji […]
Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim

SAHABAT Bukan Muslim terus disantuni YADIM Negeri Pulau Pinang. Terbaharu YADIM Pulau Pinang dan Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama bagi menjayakan Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim. Inisiatif yang berlangsung di KOMTAR Pulau Pinang pada 30 September telah menerima sambutan seramai lebih 40 peserta, khususnya daripada kalangan badan bukan kerajaan […]