Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh Puan Hajah Normah Abd Jalal, telah disambut dan diraikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda dan semua kakitangannya. Dalam kunjungan hormat ini, mereka telah diberi taklimat tentang gerak kerja YADIM Negeri […]
Kunjung hormat YADIM ke Bahagian Audit Dalam UPM

LENSA Kunjung hormat Unit Audit dan Kualiti YADIM ke Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 Februari lalu. YADIM yang diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Audit dan Kualiti, Puan Basheera Begum Haji Mohideen dan pegawainya, mengadakan kunjungan ini bertujuan mempelajari sistem Dash board Audit yang digunakan serta memahami proses audit prestasi yang […]
JAIS dan YADIM lawatan tapak di INSPES

PADA 13 Februari, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan YADIM telah mengadakan mesyuarat dan lawatan tapak ke Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSPES), Sabak Bernam. Ia bagi meninjau lokasi penganjuran Mukhayyam Kepimpinan Badar 2025 yangdirancang untuk diadakan pada 13 hingga 15 Mac di lokasi tersebut. Lawatan dimulakan dengan mesyuarat bersama Pegawai Hal Ehwal […]
Program YADIM: “Back To School”

SESI Persekolahan baharu bakal bermula tidak lama lagi, justeru prihatin dengan situasi tersebut YADIM Negeri Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Program Back To School pada 13 Februari. Program di Dewan Orang Ramai Batang kali ini menerima kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Komuniti Batang Kali. […]
PROGRAM U—Need Sukarelawan YADIM (SAY) Kuching

PROGRAM U—Need Sukarelawan YADIM (SAY) kini menjengah Bumi Kenyalang pada 13 Februari apabila satu pertemuan melibatkan SAY Kuching telah berlangsung di bandar raya tersebut. Antara yang disentuh dalam pertemuan Bahagian Khidmat Bakti YADIM bersama SAY Kuching ini antara lain termasuklah mengenai pengisian program sepanjang Ramadan seperti – iftar dan pengisian al Kahfi, dakwah jalanan, gotong-royong […]
Kunjung hormat kepada Wanita IKRAM

PADA 12 Februari satu kunjungan hormat dan mesyuarat telah diadakan bersama Wanita IKRAM yang diwakili Ustazah Sallawahiyu Mohd Salleh (Ketua Wanita IKRAM) dan barisan pegawai Wanita IKRAM. Kunjungan ini adalah berkaitan penganjuran program Simposium Solusi Kesihatan Mental Daripada Pendekatan Dakwah (SMILED) Asean 2025 yang akan diadakan pada bulan 29 dan 30 April ini. Secara dasarnya […]
Ziarah keluarga Allayarham Ustaz Nasrul Hadi

SIFAT Cakna dan ukhuwah Islamiah yang kukuh merupakan elemen penting yang sentiasa ditekankan dalam organisasi YADIM. Pada 13 Februari, YADIM Negeri Pahang telah menzahirkan perkara ini dengan menghantar rombongan SAY YADIM Pahang yang diketuai oleh Pengarah YADIM Pahang untuk menziarahi keluarga Allahyarham Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pengarah YADIM Terengganu yang meninggal dunia pada hari Ahad, […]
Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025

PROGRAM YADIM Kader Dakwah: Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025 telah berlangsung di Kem Rakan Muda Kampar, pada 8 hingga 11 Februari. Ia telah dihadiri oleh 150 peserta yang terdiri daripada remaja seluruh negeri Perak. Program ini bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan jati diri dan semangat kesukarelawanan di kalangan remaja. Kem tiga hari dua malam ini […]
Kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad

BAHAGIAN Pentadbiran YADIM telah menerima kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Encik Nik Mohd Izzat Nik Mohd Shukri, di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 12 Februari. Kunjungan hormat Pos Malaysia Berhad buat pertama kalinya ini bertujuan menyampaikan cadangan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad dan YADIM. Sesi […]
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan RSY UM

SEKITAR Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Malaysia (UM) pada 12 Febuari. Majlis ini adalah bagi meraikan pimpinan RSY UM sesi 2025/2026 yang baharu dilantik bertempat di Dewan Gemilang Kursiah, Kolej Kediaman Ketiga UM bagi memberi ruang mereka menerajui RSY di unversiti berkenaan. Ia telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda […]