MAIM laksana kunjung hormat ke Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu
KUALA TERENGGANU – Satu kunjung hormat telah dilakukan kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu, YB Mohd Nor Bin Hamzah di pejabatnya di sini oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu pada 21 November lalu. Wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Eksekutif Kanan Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin hadir sama dalam lawatan […]
Kursus inovasi untuk warga YADIM
PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha melahirkan kakitangan yang kredibel dan serba boleh, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Kursus Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi pada 21 November lalu. Kursus sehari ini dikendalikan oleh Perunding Latihan Kanan, Sub Kluster Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Puan Sujata a/p Muniandy dan dihadiri […]
YADIM bantu semarakkan NGO Islam Selangor
SHAH ALAM – Bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, satu mesyuarat jawatankuasa yang bertujuan menyelaras dan menyemarakkan kegiatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam telah diadakan pada 16 November lalu. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan NGO Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kali ke empat itu turut melibatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai ahlinya. “Ia juga […]
Kontinjen YADIM di sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan
PUTRAJAYA – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 2018 di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah turut serta menghantar delegasi menyertainya. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi. Dianggarkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai agensi dan negeri […]
YADIM sertai misi bantuan ke Palu
PUTRAJAYA – Sebagai sebuah badan dakwah yang sentiasa cakna dengan keperluan saudara seagama walau di mana pun berada, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyertai Misi Bantuan Pasca Tsunami ke Palu. Misi berkenaan merupakan peringkat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri, YB Datuk Seri Dr […]
SSM cadang terus salur CSR kepada YADIM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sangat berminat dengan program program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM, En. Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam lawatannya ke YADIM baru baru ini menjelaskan, pihaknya menimbangkan cadangan supaya sumbangan tanggungjawab korporat (CSR) daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM […]
Cuci Cuci Surau Ar Rahman
PUCHONG – Surau Ar Rahman di Puchong Prima di sini telah menjadi lokasi seterusnya program Cuci Cuci Surau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kali ini program ini adalah sinergi bersama dengan Muslim Volunter Malaysia (MVM) serta ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan. Seramai 30 orang ahli MVM bersama AJK surau serta kakitangan Bahagian Khidmat Komuniti dan […]
Agenda lahirkan mahasiswa berjiwa dakwah akan diteruskan
KUALA SUNGAI BARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat untuk lebih aktif melahirkan mahasiswa berjiwa dakwah pada masa akan datang. Pengurus Besar Operasinya, Yang Berusaha Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, menerusi Bahagian Kepimpinan Mudanya, (KEMUDA) badan dakwah ini mempunyai cita cita untuk melihat lebih ramai golongan pelapis pendakwah melakukan kerja kerja dakwah di […]
Utamakan keadilan, bukan sama rata
PUTRAJAYA – Keadilan dalam sesuatu perkara hendaklah terlebih dahulu diutamakan berbanding hendak menyamaratakan semuanya. Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi dalam program Majlis Syarahan Perdana Kebangsaan : Pendekatan Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia di pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari […]
Yadim cari 25 bakat baharu sertai Felo Muda Dakwah
KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mencari 25 bakat baharu untuk menyertai latihan kepimpinan muda Islam menerusi program Felo Muda Dakwah (FMD) yang akan berlangsung pada Mac 2019. Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan Yadim, Redhauddin Kamaruzaman, berkata FMD merupakan program kaderisasi dan pembangunan belia Islam, bertujuan memberi pendedahan serta latihan sebelum melangkah ke […]