Forum Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan YADIM Negeri Pahang

BAHANG Ramadan sudah mula dirasai. Pelbagai program untuk menyambut ketibaannya telah dianjurkan untuk menimbulkan rasa gembira dengan bulan mulia itu. Penduduk Zon D Damaiputra, Perkampungan Sungai Isap umpamanya tidak terkecuali mengadakan program bersama YADIM Negeri Pahang, Pertubuhan Peduli Progresif dan Pertubuhan Santuni Ummah Pahang bagi menyambut ketibaan Ramadan. Pada 15 Februari, Forum Ahlan Wa Sahlan […]
Program U-Need Sukarelawan YADIM Negeri Sarawak

PROGRAM U-Need Sukarelawan YADIM meneruskan siri jelajahnya ke bumi Sarawak. Lokasi program kali ini ialah di Sri Aman pada 14 Februari serta Debak dan Saratok pada 15 Februari. Seperti sebelum ini, pertemuan dengan anggota SAY di kawasan ini menyentuh mengenai program yang bakal diadakan pada Ramadan tidak lama lagi. Antara yang dicadangkan ialah majlis iftar […]
Program gunting rambut percuma YADIM Negeri Terengganu

SEMPENA Sesi persekolahan yang akan dibuka di Terengganu pada 16 Februari, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Losong Atap Zin, Masjid Makmur, Sukarelawan YADIM Losong dan YADIM Negeri Terengganu telah menganjurkan program gunting rambut percuma. Bertempat di Dewan Haji Wan Kamal, Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu pada 15 Februari, program ini menyaksikan seramai […]
Program Kembali Ke Sekolah Jabatan Perdana Menteri 2025

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin, telah hadir ke Program Kembali Ke Sekolah Jabatan Perdana Menteri 2025 yang dianjurkan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya pada 14 Februari. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dengan menyantuni dan menyampaikan beg sekolah sumbangan YADIM […]
Tausiah Istiqbal Ramadan YADIM Kedah dan Perlis

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Tausiah Istiqbal Ramadan di Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah pada 14 Februari. Diadakan dengan tujuan meraikan ketibaan bulan mulia Ramadan al-Mubarak, ia menyaksikan seramai 250 jemaah hadir menyertainya. Program ini mengundang Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain sebagai penceramah dan […]
YADIM Negeri Johor mengisi slot motivasi YAPIEM

YADIM Negeri Johor telah dijemput mengisi slot Motivasi dalam Program Santuni Madani Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, Segamat pada 15 Februari. Pengisian program telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Encik Junaid Izzudin Abdul Aziz yang juga merupakan panel penceramah YADIM Negeri Johor. Seramai 200 […]
Majlis Ramah Mesra Harmoni Sempena Tahun Baru Cina 2025

YADIM Negeri Terengganu turut tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Harmoni Sempena Tahun Baru Cina 2025. Ia dijayakan dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Terengganu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia Negeri Terengganu yang disertai 160 orang tetamu termasuk rakan-rakan bukan Muslim. Selain jamuan dan cabutan bertuah, tetamu yang hadir turut diberi pengisian Sesi Dialog Harmoni […]
Konvensyen Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Kebangsaan 2025

GOLONGAN Belia terus didekati YADIM menerusi penganjuran Konvensyen Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Kebangsaan 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang pada 15 Februari. Bertemakan ’Belia Madani Pemangkin Nasaf Baru Dakwah Digital’, ia menghimpunkan lebih 300 peserta yang merupakan pimpinan RBY dari 21 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh negara selain […]
Jelajah Bicara Dakwah YADIM Negeri Kedah dan Perlis

PROGRAM YADIM Interaktif : Jelajah Bicara Dakwah YADIM Negeri Kedah dan Perlis sekali lagi memerima sambutan luar biasa orang ramai apabila mencatat kehadiran kira-kira 900 jemaah. Program yang diadakan pada 14 Februari di Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia Sintok, Bukit kayu hitam ini mengundang Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Zul Azri Mohd Sani […]
Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas telah menganjurkan ceramah Ihya Ramadan pada 14 Februari. Bertempat di Dewan Mutiara Bertam di institut berkenaan, program ini disertai seramai lebih 300 pelajar dan kakitangan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah […]