Surat Pelanjutan Pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Ustaz Zamri

PADA 18 Februari sejurus selesai Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Haji Zamri Zainal Abidin telah menerima Surat Pelanjutan Pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM bagi tempoh dua tahun bermula 15 Februari 2025 hingga 14 Februari 2027. Surat pelantikan semula yang ditandatangani […]

Ceramah Integriti dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah YADIM Negeri Sabah

LENSA Program Jelajah Integriti Siri 3 – Ceramah Integriti dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah YADIM Negeri Sabah pada 18 Februari. Bertempat di pejabat YADIM Negeri Sabah, ia diisi dengan ceramah Anti Rasuah dan Integriti Ikrar Bebas Rasuah oleh kakitangan YADIM Negeri Sabah. Program anjuran Unit Integriti YADIM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sabah […]

Program Jom Ke Sekolah di Port Dickson

Keberadaan bersama masyarakat dizahirkan YADIM Negeri Sembilan dan Melaka menerusi inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan menerusi Program Jom Ke Sekolah pada 16 Februari. Dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai penaja utama, syarikat Sport Recreation Community Club serta ABIM sebagai urus setia […]

Jelajah U-Need Sukarelawan YADIM di Kapit

SIRI Jelajah U-Need Sukarelawan YADIM menjadikan Kapit sebagai lokasi terbaharu pada 16 Februari. Dengan kehadiran seramai 21 anggota SAY, program ini telah diadakan di Surau An Nur, Kampung Muhibbah, Kapit. Antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah mengenai peranan dan tanggung jawab organisasi pasukan SAY di Kapit selain cadangan program ketika Ramadan seperti aktiviti berbuka […]

Sambutan Tahun Baharu Cina di Pekan Gambang

Kemeriahan Tahun Baharu Cina masih lagi terasa dan terus disambut oleh rakyat Malaysia. Pada 16 Februari, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) daerah Kuantan telah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina kepada komuniti Cina di Pekan Gambang. Sambutan ini diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Negeri Pahang, Dewan Perniagaan Cina Gambang, […]

Majlis Penyampaian Sijil Kem Bestari Solat Masjid Sultan Ahmad Shah

SEKITAR Majlis Penyampaian Sijil Kem Bestari Solat Masjid Sultan Ahmad Shah, Felda Bukit Goh pada 16 Februari. Seramai 133 pelajar berusia antara 6 hingga 17 tahun menerima sijil penyertaan program yang diadakan secara berkala sejak tahun lepas di masjid berkenaan. Turut diadakan ialah slot motivasi pelajar yang disampaikan oleh Penolong Pegawai YADIM Pahang, Ustaz Mujahid […]

Kem Cuti Sekolah Ayyuhal Walad di Sijangkang

HARI-Hari terakhir cuti sekolah dimanfaatkan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dengan terlibat dalam penganjuran Kem Cuti Sekolah Ayyuhal Walad pada 14 dan 15 Februari di Surau Haji Mansur Sijangkang. Program anjuran bersama Biro Dakwah dan Exco Kebajikan surau berkenaan telah disertai seramai 100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kampung Sijangkang. Program […]

Program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025

LENSA Sekitar penglibatan YADIM Negeri Selangor dalam Program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025 di Bangunan Persatuan Hokkien Klang pada 16 Februari. Disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Mokhtar, program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama YADIM, […]

Program Sentuhan Kasih Madani : Jom Ke Sekolah

LENSA Program Sentuhan Kasih Madani : Jom Ke Sekolah anjuran YADIM Negeri Kelantan pada 16 Februari. Bertujuan membugar motivasi anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, Tumpat, ia dihadiri seramai 1,470 peserta. Pengisian program disampaikan Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang yang berkongsi pengalaman dan pengisian bagaimana melahirkan pelajar yang berjaya dunia […]

Rewang Riuh Sekampung bersama komuniti Batu 14 Semungkis

REWANG Riuh Sekampung bersama komuniti Batu 14 Semungkis, Hulu Langat, telah berlangsung meriah di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) pada 14 Februari. Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Generasi Ghuraba’ (GGC) Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Batu 14, rakan badan bukan kerajaan Persatuan Wanita Madani, MyFoundaction, syarikat Adabi dan ramai lagi. Ia diadakan bagi menyemarakkan semangat […]