Home » Langit Terbuka » Cantik luaran tetapi rosak dalaman: Jakim

Cantik luaran tetapi rosak dalaman: Jakim

SHAH ALAM 19 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan masyarakat bahawa perjuangan atas nama hak kebebasan dan hak persamaan dalam isu LGBT hanyalah kosmetik yang nampak cantik pada luaran, tetapi rosak dalaman.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebenar melibatkan penyimpangan tabii golongan LGBT.

“Perkara lebih utama adalah tuntutan kehidupan berteraskan syariat Islam dan ini selari dengan semangat perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Jakim sentiasa melakukan usaha berterusan dalam menyantuni komuniti LGBT di dalam negara.

“Contohnya, program Mukhayyam yang dihadiri secara sukarela, dengan tujuan mendekatkan komuniti LGBT dengan masyarakat dan golongan agamawan bagi mengurangkan stigma.

“Jakim juga melaksanakan aktiviti usrah dan kelas pengajian al-Quran sebagai usaha menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka serta perkongsian pengalaman dengan rakan sebaya dan rasa empati sesama mereka untuk kehidupan lebih baik dan selari dengan tuntutan syariat,” katanya.

Menurutnya, setiap kali Ramadan, iftar bersama komuniti LGBT juga diadakan sejak 2011, namun ia bukanlah ruang memperjuangkan hak yang tidak selari dengan syariat, tetapi untuk kembali menepati kehendak agama.-   www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *