Home » Langit Terbuka » Bukti kesahihan sebelum sebar cerita: Mufti

Bukti kesahihan sebelum sebar cerita: Mufti

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU – Masyarakat diminta supaya mengesahkan dahulu kesahihan wujudnya gangguan orang minyak sebelum menyebarkan berita berkenaan kepada umum.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menggembar-gemburkan perkara ini dengan bertujuan mengemparkan orang lain, sebaliknya memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes seumpama ini terlebih dahulu.

“Perkara sebegini bukan baharu, malah sebelum ini pun sudah ada kes perogol bersiri dan polis berjaya mengesan dan penahan pelaku serta menyelesaikannya kes,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan serangan orang minyak di Kampung Kubang Demit sejak sebulan lalu.

Namun jelas beliau lagi, jika benar wujud orang minyak, ia mungkin ada kaitan dengan ilmu hitam dan sihir.

Mohamad Shukri berkata, kewujudan orang minyak pada kebiasaannya bermotifkan mencuri atau mencabul dan perlu diatasi dengan cara yang munasabah.

“Kalau benar orang minyak itu wujud, maka usaha memulihkan keadaan dengan cara membatalkan sihir itu melalui kaedah perubatan Islam.

Dalam masa sama, ujar beliau, masyarakat perlu memastikan terlebih dahulu sejauh mana kebenaran perkara ini, adakah benar wujud orang minyak itu atau hanya cakap-cakap sahaja yang bertujuan menakutkan manusia.

“Jadi, secara fizikalnya masyarakat perlu serahkan kepada pihak keselamatan, manakala dari segi rohani pula, perlu adakan solat hajat dan mohon perlindungan daripada Allah SWT,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *