Home » Langit Terbuka » Bukit Aman Sahkan Tiada Permohonan Ekstradisi Terhadap Zakir Naik

Bukit Aman Sahkan Tiada Permohonan Ekstradisi Terhadap Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Bahagian Perundangan Bukit Aman mengesahkan tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh Kerajaan India terhadap pendakwah Islam terkenal Dr. Zakir Naik.

Surat pengesahan bertarikh 13 Julai yang ditandatangani oleh ACP Mohamad Fahmi Visuvanatah Abdullah tersebut dikongsi oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz di Facebook beliau Buzz Azam hari ini.

“Pihak PDRM telah membalas surat kami dan mengesahkan bahawa setakat ini, tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh Kerajaan India terhadap Zakir Naik.

“Oleh itu, tiada sebarang isu berkaitan penghantaran balik beliau relevan untuk di bincangkan buat masa ini,” kata Mohd Khairul Azam.

Surat berkenaan menyatakan semakan telah dibuat mengenai isu permohonan ekstradisi Zakir.

“Untuk makluman tuan, pejabat ini telah membuat semakan dan mendapati tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh kerajaan India terhadap anak guam tuan sehingga kini.

“Mohon pihak tuan untuk membuat semakan di Jabatan Peguam Negara dalam perkara ini,” tulis kenyataan dalam surat tersebut.

Isu Zakir mendapat perhatian umum apabila Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy mendesak kerajaan agar pendakwah kontroversi itu dihantar pulang ke India bagi berdepan dakwaan pengubahan wang haram serta mencetuskan ketidakharmonian di negara tersebut. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/terkini/bukit-aman-sahkan-tiada-permohonan-ekstradisi-terhadap-zakir-naik-1.715136#ixzz5M9LUn7qr

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *