Home » Langit Terbuka » Bukan untuk mencemar imej wanita bertudung – Aishah Azman.

Bukan untuk mencemar imej wanita bertudung – Aishah Azman.

Aishah Azman

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Tarian pelakon Aishah Azman dalam klip video Havana versi Kelantan bukan bertujuan mencemar imej wanita bertudung.

Menganggapnya sekadar hiburan, Aishah, 22, menyifatkan warga internet obses dengan media sosial hingga “asyik mencari kesalahan orang lain”, lapor Utusan Online.

“Niat saya hanyalah untuk menghiburkan penonton yang menonton klip video itu menerusi elemen humor yang diterapkan, bukannya mahu menjatuhkan maruah sesiapa,” kata pelakon Namaku Bedah.

Enggan ambil peduli terhadap kritikan yang tular di internet, pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah, asal Kelantan, berkata tariannya juga tidak mencolok mata.

Havana adalah lagu asal nyanyian Camila Cabello, penyanyi Cuba yang popular pada masa kini.- MMO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *