SUNGAI PETANI 29 Sept. – Program Pemantapan Akidah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) pada 23 September lalu telah mendapat sambutan yang baik termasuk daripada peserta-peserta bukan Islam.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, sambutan yang diberikan itu menunjukkan terdapat juga golongan bukan Islam ingin tahu mengenai Islam dan ajarannya.
“Justeru, YADIM sentiasa terbuka dalam soal ini dan sangat mengalu-alukan penyertaan golongan bukan Islam dalam program yang dianjurkan bagi membolehkan mereka mendapat perspektif yang betul mengenai Islam,’’ katanya.
Beliau berkata, dalam program yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim itu, seramai 65 saudara baru turut serta bersama beberapa orang bukan Islam.
Turut hadir ialah Pengerusi Macma, Prof. Dr. Taufiq Yap, manakala ceramah disampaikan oleh Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Ustaz Zuhri Hussain.
Hafsah berkata, program berkenaan diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan mengenai akidah Islam kepada para peserta agar mereka dapat memahami konsep akidah itu dengan betul.
“Antara yang disentuh termasuk pengenalan mengenai solat dan sejarah diwajibkan ibadat berkenaan.
“Turut disentuh adalah hikmah melakukan ibadat solat dalam kehidupan dan kenapa ibadat itu perlu dilakukan kepada seseorang Muslim,’’ katanya.
Beliau berkata, turut diadakan adalah sesi soal jawab bagi membolehkan para peserta merungkaikan segala persoalan mereka tentang solat.
Anwar kukuhkan ‘silaturahim’ Malaysia-Mesir, tegaskan perjuangan demi Gaza
Di atas kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10 November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
KOMEN