Home » Langit Terbuka » Brunei tidak hirau kritikan global

Brunei tidak hirau kritikan global

Pejabat Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan berkata, negara itu sudah mula memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara berperingkat mulai 2004 dan akan dilaksanakan sepenuhnya bermula minggu depan. - Foto The Borneo Post

BRUNEI – Brunei mempertahankan haknya melaksanakan undang-undang Syariah yang membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual walaupun mendapatkan kritikan global.

Portal CNA melaporkan, negara bekas jajahan British yang majoriti penduduknya beragama Islam akan melaksanakan undang-undang Syariah tersebut pada 3 April depan, menghukum liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk membaling dan kecurian dengan amputasi.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Brunei sudah mula memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara berperingkat mulai 2004 dan akan dilaksanakan sepenuhnya bermula minggu depan.

“Selain dari menghalang perbuatan jenayah dan mencegahnya agar tidak bertentangan dengan Islam, pelaksanaan undang-undang Syariah turut bertujuan untuk mendidik, menghormati dan melindungi semua hak secara sah dari individu, masyarakat atau warga negara tanpa mengira agama dan bangsa,” kata kenyataan itu.

Beberapa aspek undang-undang juga akan diguna pakai kepada orang bukan Islam. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *