Home » Citra Yadim » Bowling Persahabatan SAY Selangor

Bowling Persahabatan SAY Selangor

KUALA SELANGOR – Sukan kini bukan lagi sekadar aktiviti riadah, sebaliknya kini merupakan salah satu medium berkesan menyebarkan dakwah.

Atas kesedaran itu, buat julung kalinya Sukarelawan YADIM (SAY) Selangor mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara pasukan-pasukan SAY negeri ini.

Sukan bowling persahabatan ini merupakan anjuran SAY Kuala Selangor dengan kerjasama SAY Kuala Langat di Plaza U-Bowl Kuala Selangor.

Berkonsepkan ceria dan santai, pertandingan ini disertai oleh SAY Kuala Langat,  SAY Sabak Bernam, SAY Rawang dan dua rakan badan bukan kerajaan iaitu Norqaseh dan Grup Kayuhan dari Klang.

SAY Sabak Bernam muncul johan kejohanan sementara Norqaseh menduduki tempat kedua diikuti SAY Kuala Langat.

Sesuai dengan konsep ceria, turut diadakan pemenang segmen istimewa iaitu Juara Longkang individu dan kumpulan yang masing masing dimenangi oleh Nurqaseh dan SAY Kuala Langat. SAY Sabak Bernam pula muncul pemenang sebagai pasukan paling ceria 

Program-program berbentuk riadah bakal diadakan lagi pada masa akan datang sebagai aktiviti SAY Selangor selain program khidmat bakti.

Acara persahabatan bowling ini akan diadakan di Nilai, Negeri Sembilan selepas ini.

Aktiviti riadah seperti dianjurkan SAY Selangor ini, membuktikan Islam bukan sahaja amat menggalakkan umatnya supaya melakukan aktiviti menyihatkan badan, tetapi juga menunjukkan silaturrahim boleh terjalin menerusinya.

Sukan juga bukan alasan untuk tidak menunaikan tuntutan Islam seperti solat dan menutup aurat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *