KOTA BHARU – Sukan kini bukan lagi sekadar aktiviti riadah, sebaliknya kini merupakan salah satu medium berkesan menyebarkan dakwah dan merapatkan ukhwah.
Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Kelantan telah mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara pasukan-pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini pada 14 November.
Seramai 50 ahli SAY dari jajahan Kota Bharu, Machang, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai hadir memeriahkan pertandingan bowling ini.
Pasukan SAY Kota Bharu A telah muncul johan kejohanan yang diadakan di KB Land Family Park Kota Bharu ini. Sementara En Mohd Aisar dan Puan Nor Ilyani telah memenangi anugerah peserta lelaki dan wanita terbaik.
Pengarah YADIM Negeri Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Aktiviti riadah seperti dianjurkan ini, membuktikan Islam bukan sahaja amat menggalakkan umatnya supaya melakukan aktiviti menyihatkan badan, tetapi juga menunjukkan silaturrahim boleh terjalin menerusinya.
Sukan juga bukan alasan untuk tidak menunaikan tuntutan Islam seperti solat dan menutup aurat.
KOMEN