Home » Langit Terbuka » Boleh tunai umrah dalam masa terdekat

Boleh tunai umrah dalam masa terdekat

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berbincang untuk membenarkan rakyat kita menunaikan umrah dan ibadat haji tahun depan, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Daily Sabah

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini dijangka menerima berita gembira berkaitan ibadat umrah dalam masa terdekat yang akan diumumkan selepas beberapa penelitian dilakukan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, umat Islam di negara ini dijangka akan dapat kembali menunaikan umrah ke Makkah dalam masa terdekat.

 

Menurutnya, mereka perlu bersabar sementara menunggu pengumuman berkenaan kebenaran secara rasmi untuk menunaikan ibadat umrah.

 

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang untuk membenarkan rakyat kita menunaikan umrah dan ibadat haji tahun depan.

 

“Mengenai kuota kebenaran ke Makkah bergantung kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka juga ada syarat yang ketat ketika ini kerana Covid-19 dan kita kena ikutlah peraturan di sana nanti,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Haji anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, pada 28 September.

 

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah IPSAS UPM, Prof Dr Ismi Arif Ismail.

 

Idris berkata, semua sedia maklum kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadat umrah mula dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos yang lalu.

 

“Dengan penurunan kes yang semakin rendah, marilah kita berdoa sebanyaknya supaya kita semakin hampir untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah seperti sedia kala dengan norma baharu.

 

“Justeru, dengan adanya buku ini ia dapat dibaca oleh bakal haji dan umrah dalam memantapkan pengetahuan mengenai kesihatan diri, penyakit dan rawatannya,” katanya. – Harian Metro

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *