Home » Langit Terbuka » Boleh tangguh sambutan Aidilfitri ketika PKP

Boleh tangguh sambutan Aidilfitri ketika PKP

Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Aidilfitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mendapat pandangan ulama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Arkib YADIM

PUTRAJAYA – Umat Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan sambutan berbentuk tradisi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata setelah melaksanakan ibadah puasa selama satu bulan, umat Islam harus menyambut Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

Katanya, sambutan itu biasanya membabitkan makan dan menunaikan solat sunat Aidilfitri tetapi pada masa sama mematuhi saranan kerajaan dan patuh PKP bagi memutuskan rantaian wabak COVlD-19.

“Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira empat hari sebelum PKP fasa ke tiga tamat iaitu pada 28 April, manakala AidilFitri dijangka pada 24 Mei depan.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Aidilfitri pada 28 hingga 31 Mei ke Disember untuk menghentikan pergerakan rakyatnya pulang ke kampung ketika dunia berhadapan wabak pandemik berkenaan.

Zulkifli berkata, orang ramai harus mengehadkan kunjungan antara satu sama lain ketika hari raya dengan mengadakan penjarakan sosial seperti yang disarankan ketika PKP.

Malah, katanya, rakyat di Malaysia juga boleh boleh menangguhkan sambutan majlis rumah terbuka yang membabitkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Aidilfitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mendapat pandangan ulama,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *