Home » Langit Terbuka » Boleh balik kampung sambut Aidiladha

Boleh balik kampung sambut Aidiladha

Walaupun kebenaran balik kampung diberi, namun orang ramai masih perlu mematuhi SOP ditetapkan. - Foto PaulTan.org

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh pejabat agama daerah dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, had itu tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

“Jumlah kehadiran ketika ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.

“Selain itu, jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus. Bagi jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *