KOTA BHARU – Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) sentiasa dianggap rakan strategik rapat YADIM. Justeru tidak hairan banyak program dilaksanakan bersama badan bukan kerajaan ini.
Sempena lawatan kerja Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Kelantan, telah diadakan program Bicara Santai Bersama Saudara Kita anjuran YADIM dengan kerjasama MACMA Kelantan pada 31 Julai.
Seramai 60 tetamu hadir dalam program di Pejabat MACMA Kelantan di Kota Bharu ini.
Dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum Pengerusi MACMA Kelantan, yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Johari Yap menyampaikan ucapan aluan.
Datuk Hasanuddin dalam tausiahnya kemudian berkongsi sirah Rasulullah SAW berkaitan kepentingan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.
Turut disentuh beliau ialah bagaimana Piagam Madinah oleh baginda juga menjadi contoh
terbaik dalam mentadbir dan mengurus sesebuah negara apabila setiap penduduknya diberi hak untuk hidup aman tanpa mengira kaum dan agama.
Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang hadir sama ke program ini.
KOMEN