Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah : Seminar Pendidikan Cuti Sekolah

Bicara Dakwah : Seminar Pendidikan Cuti Sekolah

BACHOK – Sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah diadakan program Bicara Dakwah : Seminar Pendidikan Cuti Sekolah .

Program anjuran YADIM Kelantan ini diadakan pada 11 Disember dengan kerjasama Persatuan Penduduk Takang Madani  (PERTAMA).

Seramai 25 peserta dari kalangan penduduk tempatan menyertai program di Dewan Ad Banquet & Catering ,Kampung Seri Sentosa, di sini.

Program ini diadakan sebanyak tiga slot termasuk sesi dialog. Yang pertama bertajuk  Kefahaman Makna Dan Proses Pendidikan Serta Implikasinya Kepada Kehidupan Seharian.

Ceramah disampaikan oleh Dr Asma Lailee Mohd Noor, pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan. 

Slot kedua pula bertajuk Prinsip Pendidikan Anak Anak Dalam Al Quran disampaikan oleh Dr Nurul Akma Mohamad, pensyarah dan Ketua Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

Pada sesi soal jawab, antara yang disentuh termasuk merancang aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah.

Majlis penutup program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *