KUALA TERENGGANU – Sempena dengan Bulan Dakwah 2.0 dan sambutan Maulidur Rasul, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Oktober diberi ruang untuk bersama-sama dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu program bersama.
Pengisian program Bicara Dakwah ini adalah berkisar tentang Ibrah Sirah Nabawi sempena Maulidul Rasul S.A.W.
Tazkirah bermula jam 9.30 pagi selama satu setengah jam dengan tajuk ‘Indahnya Pekerti Rasulllah S.A.W’ di sampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Seramai 40 orang pengawai dan kakitangan APMM hadir ke acara ini bertempat di Perpustakaan APMM Terengganu. Program turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) APMM Terengganu, Tuan Mohd Sarif Hassan.
KOMEN