Home » Citra Yadim » Bicara Addin di Kuala Nerus

Bicara Addin di Kuala Nerus

KUALA NERUS – Muslimin dan muslimat khususnya penduduk di sekitar Kampung Alor Damat di sini, dijemput hadir beramai ramai ke Surau Darul Salam bagi mengikuti program Bicara Addin pada 16 Februari ini (Sabtu).

Majlis anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur dengan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Alor Damat ini akan diadakan selepas solat Maghrib, dengan menampilkan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Yang Berusaha Ustaz Abdul Halim bin Awang, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin.

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Yang Berbahagia Dr Hailan Salamun akan menjadi moderator program dengan tajuk ‘Islam Itu Rahmat’ ini.

Turut terlibat dalam menganjurkan majlis ilmu ini ialah RELA Daerah Kuala Terengganu, Sukarelawan Al Falah Kampung Alor Damat, serta Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Alor Damat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *