Home » Langit Terbuka » Biar anak bergaul dengan rakan pelbagai agama, kaum

Biar anak bergaul dengan rakan pelbagai agama, kaum

Menggalakkan pergaulan di antara anak-anak dengan rakan sebaya pelbagai kaum dan agama membantu merapatkan lagi perpaduan dan jurang antara rakyat, ujar Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat

DAMANSARA – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh menasihatkan agar ibu bapa menggalakkan pergaulan di antara anak-anak dengan rakan sebaya pelbagai kaum dan agama.

Jelas beliau, langkah ini dapat membantu merapatkan lagi perpaduan dan jurang antara rakyat, dalam  masa yang sama  mengelakkan isu perkauman dan agama dijadikan punca perbalahan rakyat dalam negara.

“Bagi saya kita sebagai orang dewasa kena pastikan anak-anak kita terus bergaul dengan orang berlainan agama dan berlainan kaum supaya mereka membesar dan cinta kepada warga  Malaysia.

“Love your neighbour as you love yourself (Sayangi jiran anda seperti anda sayangi diri anda), itu paling penting supaya bila kita bina semula negara ini, kita tidak mainkan isu kaum dan isu agama yang boleh memisahkan warga Malaysia,” katanya ketika hadir di program Jalur Gemilang terbesar yang diperbuat daripada Origami di sini bersempena sambutan Hari Malaysia.

Menurutnya lagi, semua pihak perlu saling bekerjasama  untuk memberikan keselesaan kepada generasi muda khususnya mewujudkan suasana  harmoni,  agar kumpulan yang berpotensi menjadi pemimpin harapan negara ini akan terus setia dan berbakti kepada negara.

“Yang paling penting untuk anak-anak kita apabila mereka dewasa mereka tidak lagi fikirkan bagaimana nak berpindah dan berhijrah ke negara lain,” ujar Hannah Yeoh yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut.-MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *