Home » Langit Terbuka » Berhati-hati sampaikan ceramah berkaitan Nabi Muhammad – Mohd Na’im

Berhati-hati sampaikan ceramah berkaitan Nabi Muhammad – Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. - BERNAMA/FAIL

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan, terutama dalam perkara berkait kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, sebarang perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung perkara berkenaan perlu dielakkan.

Mohd Na’im berkata, pihaknya juga telah mengambil maklum berhubung dakwaan perbuatan seorang individu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah dalam satu konvensyen, baru-baru ini.

Pihaknya juga, jelas menteri berkenaan, mengambil maklum tindakan polis yang telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Kita minta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Pada masa sama, Mohd Na’im menjelaskan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut membuat siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Tindakan itu diambil selepas polis menerima laporan berhubung perkara berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *