Home » Langit Terbuka » Bercanggah dengan Islam

Bercanggah dengan Islam

Mufti Kelantan berkata, fahaman songsang liberal boleh merosakkan akidah dan memudaratkan umat Islam

KUALA LUMPUR – Pemikiran songsang yang diketengahkan oleh golo­ngan liberal dianggap bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, fahaman tersebut boleh merosakkan akidah dan memudaratkan umat Islam.

“Tarbiyah dan dakwah memainkan peranan penting dalam membanteras gejala tersebut.

“Institusi agama perlu me­ngambil langkah pendekatan yang lebih berkesan dengan menyebarkan tarbiyah dalam bentuk pendidikan sama ada dari segi kurikulum atau kokurikulum dan terus sebarkan dakwah dengan mengadakan lebih banyak lagi program bermanfaat seperti forum dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.- Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *