SEKITAR Bengkel Solat Orang Sakit pada 19 September anjuran YADIM Pulau Pinang.
Dianjurkan dengan kerjasama Biro Agama dan Kerohanian Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), ia menarik penyertaan seramai 30 orang.
Pengisian program disampaikan oleh Ustaz Mohd Salmi Shaimi, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Kursus ini bertujuan memberi kefahaman, pengamalan dan bimbingan akan hukum solat bagi orang sakit serta menjelaskan Rukhsah dan tatacara solat orang sakit kepada para pesertanya.
Hadir sama ialah Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Muaz Abul Kassim.
KOMEN