BAHAGIAN Penyelidikan dan Perancangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Julai telah mengadakan Bengkel 2, Pembangunan Garis Panduan Sukarelawan Dakwah Masyarakat yang bertujuan membangunkan garis panduan yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak terutamanya badan-badan bukan kerjaaan (NGO), agensi kerajaan serta YADIM sendiri dalam melaksanakan program kesukarelawan.
Dalam bengkel berkenaan, satu laporan awal hasil daripada dapatan yang diperolehi melalui temu bual informan dibentangkan oleh Prof. Madya Dr Mariam Abd. Majid Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) selaku Ketua Penyelidik.
Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah, yang pertama, untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam usaha pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat, kedua, membentuk dan membangun garis panduan pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat dan ketiganya, menilai kebolehgunaan garis panduan pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat.
Bagi memastikan objektif penyelidikan ini tercapai, penyelidikan dilaksanakan dengan melibatkan enam kumpulan perbincangan berfokus atau focus group discussion (FGD) iaitu aktivis luar negara, NGO, komuniti, mualaf, wanita dan remaja.
Gerak kerja program ini meliputi tiga fasa iaitu yang meliputi pelaksanaan enam bengkel. Fasa 1 melibatkan tiga bengkel, bermula dengan sesi taklimat dan diikuti dengan pembentangan dapatan daripada temu bual infroman dan sorotan literatur. Fasa 1 akan diakhiri dengan bengkel penambah baikan dan laporan akhir Fasa 1.
Fasa 2 memfokuskan gerak kerja untuk membangunkan garis panduan tersebut hasil daripada penemuan dari Fasa 1 yang meliputi program penyediaan draf garis panduan berasaskan sorotan literatur iaitu penyelidikan yang merujuk kajian yang yang lepas) dan juga analisis keperluan serta tema hasil daripada temu bual tersebut.Â
Pada Fasa 3 atau fasa penilaian, gerak kerja meliputi penilaian daripada end users yang terlibat secara langsung dengan kesukarelawan. Hasil daripada penilaian ini, garis panduan berkenaan akan sekali lagi dimurnikan sebelum dibentang dan diserahkan kepada YADIM.
KOMEN