KUALA LUMPUR – Pemahaman terhadap teks Islam secara literal tanpa mengambil kira unsur maqasid dan fiqh, dimensi ketamadunan serta nilai universal perlu dibendung kerana ia cenderung memperlihatkan ajaran agama sebagai suatu yang jumud dan kolot.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kesannya cukup besar apabila ajaran Islam yang begitu dinamik dibawa oleh Rasulullah SAW dan diteruskan golongan ulama dilihat tidak mesra termasuk oleh penganut agama lain.
“Pemahaman secara literal ini akhirnya membawa kepada salah faham terhadap Islam itu sendiri
“Ia membawakan fatwa agak pelik seperti tidak boleh berkongsi dobi dengan orang bukan Islam, golongan kafir harbi dan tidak boleh membentuk kerajaan bersama parti bukan Islam.
“Maka hal ini perlu ditangani dalam membendung pendekatan secara literal terhadap Islam,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini. – BERITA HARIAN ONLINE
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444462/bendung-fahaman-jadikan-agama-jumud-kolot
KOMEN