KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini disifatkan sebagai menyeluruh dan menyentuh semua lapisan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Belanjawan 2021 itu antara lain mampu membantu mengurangkan beban kos sara hidup terpaksa ditanggung rakyat.
Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan di atas keprihatinan kepada golongan agamawan dan Islam.
“Belanjawan 2021 secara umumnya memaknakan kehidupan rakyat, hampir keseluruhan lapisan masyarakat. Semuanya tidak dilupakan dalam belanjawan yang memaknakan sebuah kehidupan dan kelestarian keseluruhannya.
“Belanjawan ini sudah tentu akan dapat dimanfaatkan keseluruhan golongan dan pelbagai insentif diberi serta beberapa pengecualian terkait yang boleh mengatasi bebanan rakyat sebaik mungkin,” katanya ringkas menerusi WhatsApp, pada 6 November. – Berita Harian
KOMEN