Belanjawan kali ini merupakan tahun kedua dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berasaskan kerangka baru kerajaan. Belanjawan kali ini adalah hasrat untuk melihat perubahan struktural dalam suasana ekonomi dunia yang lembab.
Pentadbiran Islam adalah satu sektor utama dalam perbelanjaan kerajaan untuk memastikan pelancaran dan penerangan dasar baru Rahmatan Lil Alamin digerakkan merentas sektor.
Selain itu kebajikan warga yang menerima elaun dari kerajaan mengikut keperluan semasa diharapkan dapat ditingkatkan seperti elaun para imam, guru Kafa dan pemakmuran institusi masjid. Walaupun demikian, prestasi mereka juga perlu dipertingkatkan.
Cabaran memenuhi aspirasi Malaysia sebagai model negara Islam yang progresif, aman dan berwibawa perlu memenuhi kehendak bajet dari sudut dasar galakan, insentif dan perundangan kerana ia akan memenuhi keperluan sektor halal, kewangan Islam dan institusi sosio-ekonomi antaranya wakaf dan zakat yang berdaya saing dengan keperluan semasa.
Pengisian konsep kemakmuran bersama dalam memenuhi objektif keharmonian dan kesepaduan nasional sangat bergantung kepada peranan dasar masyarakat RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat) yang diusahakan. Oleh itu, peruntukan untuk program ke arah tersebut perlu ada. – Sinar Harian
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menjelang Bajet 2020
KOMEN