Home » Langit Terbuka » Belanda hanya iktiraf Gaza, Tebing Barat tempat lahir Palestin

Belanda hanya iktiraf Gaza, Tebing Barat tempat lahir Palestin

Setiausaha Negara Belanda, Raymond Knops berkata, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat akan dimasukkan dalam senarai wilayah yang menerima pendaftaran sivil Belanda. - Foto Deenamik

AMSTERDAM – Kerajaan Belanda mengumumkan akan mengiktiraf Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis sebagai tempat kelahiran rasmi bagi penduduk Palestin.

Walaupun Belanda belum mengiktiraf negara Palestin, beberapa wilayah berkenaan diisytihar sebagai tanah asal Palestin, bagi penduduk yang dilahirkan selepas 15 Mei 1948 – apabila mandat British berakhir secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Negara Belanda, Raymond Knops di The Hague.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang disiarkan pada Sabtu, Knops berkata, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat akan dimasukkan dalam senarai wilayah yang menerima pendaftaran sivil Belanda.

Knops berkata, perkara itu selaras dengan pandangan Belanda bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas kawasan berkenaan, serta keengganan Belanda mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Katanya, kategori baharu itu menggambarkan syarat yang dipersetujui dalam Perjanjian Damai Oslo yang ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin pada 1990-an, dan dalam resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berikutnya.

Agensi berita Belanda dilaporkan berkata, keputusan negara itu dibuat susulan seorang lelaki Belanda yang berasal dari Palestin menyaman Belanda di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, yang menuntut haknya untuk mendaftar sebagai kelahiran Palestin, dan bukan Israel.- Al Jazeera

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *