Home » Langit Terbuka » Beku Dana IKSIM: Kerajaan Teliti Agensi

Beku Dana IKSIM: Kerajaan Teliti Agensi

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, banyak perkara yang perlu dipersoalkan terhadap agensi tersebut.

PUTRAJAYA – Kerajaan meneliti secara terperinci agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menyalurkan dana kepada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim).

Penelitian itu termasuklah prosedur kewangan seperti pengeluaran wang, penggunaan dana dan pembelian aset yang tidak mempunyai dokumen lengkap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, banyak perkara yang perlu dipersoalkan terhadap agensi tersebut.

“Apabila melihat kepada penggunaan kewangan, ianya haruslah mengikut syarat yang ditentukan oleh agensi yang menyalurkan dana awam berupa zakat kepada Iksim,” katanya.

Menurutnya, setakat ini sejumlah RM34.6 juta telah disalurkan kepada Iksim sejak 2014.

“Jadi, kita harus teliti adakah ia menepati syarat-syarat yang ditetapkan di awal,” katanya.

Beliau berkata, laporan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“InsyaALLAH akan datang,” katanya yang turut berurusan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang meluluskan pendaftaran Iksim.

Khamis lalu, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Fuziah berkata permohonan dana Iksim dibekukan sehingga penilaian semula dibuat. – SINAR HARIAN ONLINE

https://www.sinarharian.com.my/nasional/beku-dana-iksim-kerajaan-teliti-agensi-1.860199

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *