Home » Langit Terbuka » Bekas Presiden Israel meninggal dunia

Bekas Presiden Israel meninggal dunia

RAMAT GAN (Israel), 28 Sept. – Bekas Presiden Israel, Shimon Peres, 93, meninggal dunia awal pagi tadi selepas dua minggu diserang angin ahmar.

Memetik laporan media antarabangsa sebagai berkata, kematian Shimon disahkan oleh doktor peribadinya, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Shimon dimasukkan ke hospital berhampiran Tel Aviv sejak 13 September selepas mengalami serangan jantung berikutan pendarahan dalaman.

Tahap kesihatan Shimon dilaporkan semakin merosot sejak 18 September lalu, selepas doktor terpaksa mengurangkan ubat pelali dan memasang alat sokongan pernafasan.

Sebelum menjadi Presiden, Shimon pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel sebanyak tiga kali, Menteri Kewangan, Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan.

Shimon menjadi Presiden Israel dari 2007 hingga 2014, selepas memegang jawatan perdana menteri Israel sebanyak 2 kali iaitu pada 1984-1986 dan 1995-1996.

Dia telah melibatkan diri dalam bidang politik selama 65 tahun, dan dilantik sebagai presiden kesembilan Israel untuk tempoh 7 tahun.- Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *