Sebagai seorang umat Islam, memastikan makanan yang dijamah setiap hari diperakui Halal adalah fardhu.
Bukan sahaja mematuhi perintah Tuhan, mencari makanan yang Halal juga dapat mengelakkan daripada azab api neraka dan menyucikan hati.
Allah SWT turut berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”.
Bagi meningkatkan keyakinan umat Islam tentang status Halal ketika mendapatkan makanan kegemaran mereka, syarikat penghantaran makanan popular, foodpanda Malaysia memperkenalkan bekal by foodpanda.
Ia adalah satu-satunya platform penghantaran makanan yang diperakui Halal di Malaysia, yang hanya menghantar produk makanan daripada vendor yang diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ia juga dilancarkan bagi menjaga integriti Halal setiap pesanan yang dihantar kepada pelanggan.
Pihak foodpanda telah menjayakan program perintis di Putrajaya dengan 89 restoran hujung tahun lalu dan kini telah melibatkan lebih 5,300 vendor dan kira-kira 20 ribu rakan penghantar seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Halal bekal by foodpanda, Amri Mohd Sham, berkata, penghantar makanan bekal by foodpanda hanya menghantar makanan dari restoran yang disahkan Halal dan diberi latihan.
“Penghantar makanan dilatih tentang pematuhan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan,” katanya.
Walaupun reka bentuk beg dan baju rakan penghantar adalah berbeza, namun, bekal by foodpanda yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada 12 April lalu bukanlah satu aplikasi yang baru.
Semua pesanan boleh dibuat melalui aplikasi foodpanda , khususnya melalui banner ‘Bekal’ di dalam aplikasi tersebut.
Muat turun aplikasi foodpanda dan pesan makanan dari restoran Halal kegemaran anda hari ini melalui bekal by foodpanda.
KOMEN